Tuesday, September 28, 2010

Mahasiswa oh mahasiswa

Ramai pihak sekarang ni menghamburkan rasa ketidakpuasan hati dengan pengurusan mahasiswa kini. Tidak profesional adalah key word yang membakar api kemarahan pihak-pihak ini. Facebook adalah medium rasa ketidakpuasan hati dan kemarahan ini di sampaikan. Sebagai salah seorang pemimpin mahasiswa, aku rasa tertampar dengan isu ini. Apabila 100% kesalahan diletakkan keatas mahasiswa, ia membuatkan aku berfikir dan bermuhasabah, menganalisis isu ini dari perspektif aku sebagai pemimpin mahasiswa dan aku sebagai aku....

Yer, ada pihak yang menyokong apabila mahasiswa dipersalahkan 100%, ada pihak yang masih cuba menganalisa dan ada yang menerima semua sebagai pengajaran dan perkara yang tidak patut berulang lagi. Ini lah human differences yang perlu kita raikan. Perbezaan pendapat dalam melihat sesuatu isu.

Berbalik pada isu mahasiswa tadi. Aku teringat pada satu pantun

"Buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Sudah tidak relevan kah pantun itu sekarang sehinggakan salah dan silap di cerca sehingga sedemikian rupa. Bukan hendak mempertahankan kedudukan mahasiswa kerana aku adalah mahasiswa tapi aku cuba untuk menjadi as fair as I can dalam melihat isu ini.

Mungkin pihak yang melontarkan isu ini sudah sangat letih dengan sikap tidak profesional mahasiswa dan menyebabkan kesabaran tidak dapat di bendung lagi.



Tapi aku sebagai individu yang berada di dalam komuniti mahasiswa itu sendiri merasakan ada betulnya isu-isu yang di timbulkan tu. Terkadang, aku sendiri pun rasa geram dengan sikap tidak professional ini. Ya, aku mengakui itu adalah salah satu kelemahan mahasiswa yang menjadi kerisauan aku, dan mungkin aku juga tergolong dalam golongan yang tidak professional tu.

Tapi pada aku, kami adalah budak bodoh yang masih belajar. Kadang-kadang kami kesalahan dilakukan tanpa disengajakan pun, kadang-kadang kami tidak menyedari pun kesalahan yang kami lakukan. Pendapat-pendapat dan teguran orang-orang yang berpengalaman sangat-sangat diperlukan dan kami mengambil hinaan-hinaan tersebut as teguran untuk kami.


Pada aku, inilah proses belajar. Bukan senang untuk kita dapatkan pengetahuan dan pengalaman yang pada aku sangat berharga. Dan inilah cabaran-cabaran yang perlu kami hadapi. Kalau dulu, kena mendaki bukit bukau dan melintasi lautan untuk mencari ilmu dan sekarang inilah bukit bukau dan lautan yang kami perlu lintasi.

Terima kasih pada yang menegur. Teguran dan pendapat abang2 dan kakak2 amat kami perlukan untuk menjadikan kami sehebat kalian...Pada mahasiswa, jom kita improve diri masing-masing. We are the future leader!!!


Tuesday, September 21, 2010

VVVIP aku....

Sejak lahir lagi, Allah temukan kita dengan mereka, ayah dan ibu. Dua insan hebat ini mempunyai kehebatan yang tiada taranya dengan manusia lain. Mereka adalah antara individu yang sangat aku kagumi. Tidak pernah mereka mengeluh, penat berkorban untuk aku sejak aku berumur 1 hari hingga sekarang 24 tahun. Belum dikira 9 bulan 10 hari dalam kandungan.

Kasih-sayang mereka tidak pernah luak pun walau macam mana buruknya kelakuan aku dan teruknya prestasi aku. Mereka menerima aku seadanya. Aku sangat kagum dengan ikatan darah dan akidah ni. Mereka adalah VVVIP aku, yang akan selamanya menyayangi dan menerima aku seadanya.

Kadang-kadang perasaan kita sedikit terganggu dengan layanan masyarakat sekeliling terhadap kita. Rasa sakit hati, terasa hati dan disisihkan…. Tapi, pernahkah kita terfikir, penting kah semua tu? Kita ada tanggungjawab yang lebih besar pada Allah, mak dan ayah. Tunaikan tanggungjawab tersebut, as best as you can. Tanggungjawab sebagai abid dan khalifah di atas muka bumi ini. Persetankan persepsi-persepsi negative yang tak membina dan kritikan-kritikan yang menjatuhkan.

I have Allah to serve, mum and dad who will always love me. My sibling, k.long, yumni and kah whose also will always love me. These important people in my life is my life. Kebahagiaan aku adalah kasih sayang mereka. Tidak akan ada ganti untuk selamanya.

Thursday, August 5, 2010

Turning Point

Ini lah permulaannya yang mengubah hidup aku sebagai mahasiswa kampus UIAM. Tidak pernah terlintas pun di benak ini untuk sampai ke tahap ini. Aku akur dengan perancangan Dia yang pastinya terbaik untuk aku.




Terima kasih ya Allah (n_n)

Sebuah Pertemuan……Suatu Kenangan……


Ketika diri mencari sinar

Secebis cahaya menerangi laluan.

Adakalanya langkahku tersasar

Tersungkur di lembah kegelapan.

Bagaikan terdengar bisikan rindu

Mengalun kalimah menyapa keinsafan.

Kehadiranmu menyentuh kalbu

Menyalakan obor pengharapan.

Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan tika aku di uji dengan dugaan.

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan.

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakana rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan kepada sebuah pertemuan

Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan.

Cinta yang semakin kesamaran

Kau gilap cahaya kebahagiaan

Tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasih-Mu Tuhan.

Titisan air mata, menyubur cinta dan rindu pun berbunga.

Mekar tidak pernah layu, damainya hati yang dulu resah keliru

Cintaku takkan pudar di uji dugaan.

Mengharum dalam harapan.

Moga kan kesampaian kepada Tuhan.

Lantaran diri hamba yang kerdil dan hina.

Syukur sungguh dihati ini,

Di kurniakan teman sejati

Menunjuk jalan dekati-Nya tika diri dalam kebuntuan.

Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri

Mengajar ku mengenal erti cinta hakiki yang abadi.

Tiada yang menjadi impian

Selain rahmat kasih-Mu Tuhan.

Yang terbias pada ketulusan

Sekeping hati seorang insan bernama teman………

Tuesday, July 20, 2010

Mungkin ini permulaannya



Sudah terlalu lama rasanya blog ni tidak di isi. Keinginan untuk menulis tu ada. Sangat rasa ingin berkongsi apa yang dipelajari dalam kelas, perkara-perkara yang berlegar-legar di minda dan berkongsi rasa. Tapi aku tidak tahu, apakah sebenarnya faktor yang menyebabkan aku sangat liat untuk mengisi blog yang tak terisi ni....

Jadi, untuk permulaan, aku merasakan inisiatif perlu dilakukan. Start to write Zatil...



Dan aku memulakan penulisanku....

Mungkin inilah turning pointnye....

Moga permulaan ini tiada akhirnya

~"sejarah akan mencintai kita, jika kita menulis". Winston Churchill~